expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 27 December 2014

MASAKAN TERLEBIH GARAM / OVER-SALT SOUP


Kadangkala dalam kelam kabut menyediakan sajian harian, kita secara tak sengaja terlebih membubuh garam ke dalam periuk masakan.

Akibatnya masakan menjadi terlebih masin. Jadi apa nak buat dengan masakan tersebut, takkan nak buang terus terutamanya kalau dah masak dalam kuntiti yang banyak kan? 

Cuba lakukan beberapa tips ini:

-Masukkan telur-
Cara paling mudah bagi mengurangkan masin adalah dengan memasukkan telur ke dalam masakan anda. 

Telur akan mengurangkan rasa masin makanan tapi cara ini hanya sesuai untuk sesetengah masakan sahaja.

-Masakkan bersama ubi kentang-
Selain itu, anda juga boleh cuba menggunakan ubi kentang. 

Kupas ubi kentang tersebut dan masukkan ke dalam masakan. 

Biarkan ia mendidih selama beberapa minit dan rasa masin pasti berkurangan.

-Gunakan pelepah pisang-
Antara petua dapur yang telah diwarisi sejak dari dulu untuk mengurangkan masin dalam masakan adalah dengan menggunakan pelepah pisang. 

Caranya adalah dengan mengambil sedikit pelepah pisang. Basuh dan bersihkan pelepah pisang tersebut.

Potong pelepah pisang pendek-pendek, masukkan dalam periuk dan teruskan memasak untuk beberapa minit. 

Setelah itu keluarkan pelepah pisang tersebut dan rasa masin dalam masakan anda pasti telah diserap oleh pelepah pisang.
________________________________________
Over-salt Soup
When preparing meals, we might sometimes unintentionally over-salt our soup. 

So, what can we do to reduce the salty taste of the soup? Here are some useful tips you might want to try some day;

-Putting in an egg-
The simplest way to reduce salty taste in cooking is by putting in an egg into the pot.


Eggs will reduce the salty taste of the soup but this method is only suitable for certain dishes.

-Adding potatoes-
You can also try using potatoes to reduce the salty taste in your soup.

Add in peeled potatoes to your pot.

Let it boil for a few minutes and the salty taste will certainly be reduced.

-Using banana midrib-
This is definitely a traditional method used to reduce salty taste in soup.

The trick is to take some banana midrib. Wash and clean the banana midrib.

Cut them into small pieces, put them in a pot and continue cooking for a few minutes.

After that remove the banana midrib and by then the salty taste of your dish would have been absorbed by them.

No comments:

Post a Comment

SHARE SEKARANG