expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday 27 December 2014

HILANGKAN BAU DARI BEKAS PLASTIK / ELIMINATE ODOUR FROM PLASTIC CONTAINER


Ramai yang gemar membuat koleksi bekas plastik terutamanya yang cantik dan berwarna-warni seperti dari jenama Tupperware.

Namun, kadangkala makanan yang disimpan dalam bekas plastik akan meninggalkan bau yang kuat walaupun selepas dicuci berulang kali.

Hal ini pasti kurang menyenangkan kerana makanan baru yang disimpan mungkin akan terjejas rasanya dek bau makanan sebelum itu. Jadi, bagaimana cara untuk menyingkirkan bau dari bekas plastik yang disimpan?

Caranya mudah je. Selesai sahaja mencuci bekas plastik, keringkan bekas plastik anda terlebih dahulu.

Sebelum menutup bekas plastik tersebut untuk disimpan, taburkan secubit garam ke dalam bekas tersebut dan barulah disimpan.

Insyaallah apabila anda hendak menggunakannya semula tiada lagi bau makanan yang tertinggal.
________________________________________

Eliminate Odour from Plastic Container

Some people enjoy collecting colourful plastic containers like from Tupperware as they are easy to store, economical, and available in various sizes and shapes. 

However,some food kept often leave lasting smells in your storage containers, even after washing. 

So, how do we get rid of this annoying smell?

Simple, when storing Tupperware or plastic containers, throw in a pinch of salt into your plastic container. 

Adding a large pinch of salt to these containers will rid them of the unwanted scent.

No comments:

Post a Comment

SHARE SEKARANG